Sekurang-kurangnya 22 rakyat Israel terbunuh

Sekurang-kurangnya 22 rakyat Israel terbunuh

Sekurang-kurangnya 22 rakyat Israel terbunuh
Kepulan asap kelihatan di Israel. – FOTO Reuters

Baitulmaqdis: Sekurang-kurangnya 22 rakyat Israel terbunuh dalam serangan mengejut yang dilancarkan oleh Hamas pada Sabtu, lapor N12 News Israel, memetik perkhidmatan ambulans Israel.

Reuters melaporkan, lebih 5,000 roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke Israel hari ini menandakan bermulanya operasi ketenteraan oleh pejuang Hamas.

Kumpulan itu berkata, pihaknya mengisytiharkan operasi terbabit bagi menamatkan jenayah dilakukan Israel.



Serangan dimulakan kira-kira 6.30 pagi.

Tentera Israel membunyikan siren amaran di seluruh kawasan selatan dan tengah negara itu, menggesa orang ramai yang tinggal berhampiran mendapatkan perlindungan.

Sementara itu, AFP melaporkan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel sedang “berperang” dengan Hamas selepas rentetan roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke Israel.

“Kami berperang, bukan dalam operasi, tetapi berperang,” kata pemimpin Israel itu dalam satu kenyataan, sambil menambah Hamas telah melancarkan “serangan mengejut membunuh” ke atas Israel dan rakyatnya.



“Saya telah mengarahkan pengerahan rizab secara meluas dan kami membalas tembakan dengan magnitud yang tidak diketahui oleh musuh. Musuh akan membayar harga yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Sekurang-kurangnya 22 rakyat Israel terbunuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker