KAK GIRL SELAMAT AKHIRI ZAMAN JANDA: “ALHAMDULILLAH, PENGANTIN PKPB…”

Dengan sekali lafaz, personaliti media sosial iaitu Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan, 33, telah selamat menamatkan zaman janda dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Osman Ali pada 9.30 pagi, Rabu.

Image_1.jpg

Kak Girl menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar. Dia turut berterima kasih kepada Pejabat Kadi Daerah Johor yang memudahkan urusan perkahwinannya biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Alhamdulillah. Pengantin PKPB… Alhamdulillah semuanya mudah dan lancar. Terima kasih atas kerjasama pihak #pajabatkadidaerahJohor.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Syukur sangat… hubungan ini berakhir dengan ikatan yang sah. Walaupun dalam tempoh PKPB, tapi masih mematuhi SOP yang ditetapkan. Pengantin ramai hari ini tapi proses berjalan dengan lancar,” katanya.

Kak Girl berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto pernikahannya di laman Instagram pada Rabu. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen termasuklah rakan selebriti.

“Alhamdulillah… tahniah sister. I love you,” komen pelakon Zulin Aziz.

Image_3.jpg

Manakala pelakon Datin Almy Nadia dan Isya Riana turut meninggalkan komen memberi ucapan tahniah dan syukur atas pernikahan pasangan itu.

Pada 28 Jun lalu, Kak Girl telah mengikat tali pertunangan dengan Osman. Kak Girl dalam kenyataan sebelum ini berkata dia mengenali Osman ketika di bangku sekolah dan mengakui pernah menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.

Untuk makluman, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 namun pasangan ini bercerai pada Oktober 2019.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *