Khairy Jamaluddin sesuai jadi ‘Poster Boy’ BN

Khairy Jamaluddin sesuai jadi 'Poster Boy' BN

Penulis – Amran Klebang

 



 

Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin dikatakan paling sesuai jadi ‘Poster Boy’ untuk kempen BN pada PRU15.

Dengan imej yang tidak tergugat dengan kes di Mahkamah, Khairy atau dikenali sebagai ‘KJ’ diminati golongan muda.

Menteri Kesihatan itu juga akan membawa dimensi baru kepada ‘Rejuvinasi Umno’ untuk memberi pilihan kepada pengundi 18 nanti.



Tidak rugi Umno untuk mempromosi KJ sebagai ‘Ikon’ bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Umno yang pernah menerajui kerajaan selama 62 tahun dibawah BN.

Khairy Jamaluddin sesuai jadi 'Poster Boy' BN

Rekod beliau semasa berada dalam kerajaan BN juga agak baik berbanding ‘muka lama’ yang sudah dimamah usia serta tidak selari dengan ‘selera’pengundi muda.

Beliau yang tidak mempunyai masalah komunikasi serta disenangi lawan, difikirkan paling sesuai untuk mententeramkan suasana politik negara buat masa sekarang.



TOLERANSI POLITIK KHAIRY SANGAT BAIK UNTUK UMNO

Toleransi tinggi dalam politik KJ amat tinggi. Beliau memahami kehendak anak muda selain mampu membawa Rafizi Ramli dan Nurul Izzah ke meja perbincangan merupakan kelebihan buatnya.

Malah, jika ruang diberikan dengan lebih baik, KJ juga mampu membawa semua parti ke meja rundingan bagi mencari titik persamaan politik.

Inilah masa yang terbaik untuk Umno menampilkan imej parti yang boleh diterima semua lapisan rakyat selepas ‘pembersihan’ dilakukan dalam Umno.

Satu perkara harus diingat, KJ hanya sesuai jadi ‘Poster Boy’ tetapi bukan calon Perdana Menteri.



Sewajarnya calon PM Umno diberikan kepada Ismail Sabri Yaakob yang berjaya membawa imej bersih dari Umno.

Slogan ‘Keluarga Malaysia’ juga telah berjaya menyatukan semua lapisan rakyat sepertimana berlaku semasa sambutan Hari Merdeka baru-baru ini.

 

Penafian – artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak menggambarkan pendirian pihak MyTvOnline



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button