“Najib” keluarkan video bukti tuduhan palsu
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Kelab peminat kartun Zunar yang menaikmuat satu posting di facebook dengan kapsyen “No caption”, telah mengundang pelbagai persepsi buruk terhadap Dato Sri Najib Razak.
Sebagai respon terhadap posting tersebut, pentadbir page Najib Razak, telah menaikmuat video asal kediaman seorang peneroka Felda yang dilawati bekas Perdana Menteri itu.
Carian untuk posting tersebut mendapati ia telah dipadamkan dan digantikan dengan video sebenar Najib.
Inilah cara pihak lawan mempengaruhi pemikiran rakyat dengan kaedah fitnah dan tohmahan terhadap Najib selama ini.
Kartunis Zunar memang sering mengeluarkan kartun berupa tohmahan terhadap Najib Razak serta ramai lagi pemimpin Umno yang lain.
Namun, tindakan Zunar Cartoonist Fan Club kali ini melampaui batas dan tindakan perlu diambil oleh Kementerian Komunikasi dan MultiMedia.
Inilah cara yang digunakan pihak lawan selama ini untuk memburukkan pemimpin Umno dan merosakkan pemikiran rakyat.
Sebelum PRU14, kaedah sama digunakan dan ramai rakyat telah ditipu oleh pembangkang waktu itu hingga menyebabkan BN kalah.
Mungkin Zunar mahu membuktikan beliau lebih bagus dalam menjalankan propaganda daripada Rafizi Ramli.