Bayern seri 2-2 dengan Stuttgart

BERLIN: Gol daripada pemain remaja Perancis, Mathys Tel tidak mencukupi apabila Bayern Munich diikat 2-2 di laman sendiri oleh Stuttgart, keputusan seri ketiga berturut-turut kelab itu dalam Bundesliga.

Pada permulaan keduanya buat Bayeen, Tel bergelar pemain termuda menjaringkan gol buat kelab yang memberikan gol pembukaan buat juara Jerman itu pada babak pertama.

Tel baharu berusia 17 tahun 136 hari, 69 hari lebih muda berbanding pemegang rekod itu, Jamal Musiala ketika dia meledak berdepan Schalke dua tahun lalu.



Tel memecahkan benteng kebal Stuttgart pada minit ke-36 apabila mengatasi penjaga gol pelawat, Florian Mueller selepas menerima hantaran baik Alphonso Davis.

Pelawat tidak perlu menunggu lama apabila Chris Fuehrich melepaskan sepakan kencang pada minit ke-57 yang tidak memberikan peluang buat Manuel Neuer di gawang.

Menyedari tenaga tambahan daripada pelawat, Bayern kembali di depan menerusi Musiala yang sekali lagi menampilkan ketenangan bagi menghasilkan gol ketiganya musim ini.

Dengan perhatian diberikan bagi menanti kunjungan pasukan diketuai Robert Lewandowski, Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara, Bayern mengurangkan cengkaman dan membuat perubahan sebelum Matthijs de Ligt mengasari Guirassy yang diberikan sepakan penalti.



Pemain Guinea itu meledak ke penjuru kanan bagi memberikan pasukannya keputusan seri kelima daripada enam perlawanan musim ini.

Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann berkata mereka hanya perlu menyalahkan diri sendiri.

“Pada babak kedua kami ada tiga peluang besar dengan anda sepatutnya perlu menjaringkan gol ketiga – dan kemudian perlawanan itu pasti berakhir dengan baik.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button