Iss Arfan Dan Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua Sempurnakan Aku!

Kolaborasi Dua Negara

Iss Arfan Dan Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua Sempurnakan Aku!

Iss Arfan Dan Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua Sempurnakan Aku!

SEMPURNAKAN AKU merupakan duet kedua buat penyanyi Iss Arfan dan juga Nadzira Shafa.

Kolaborasi Dua Negara

Kali ini menerusi projek kolaborasi istimewa antara dua negara, Iss Arffan dan Nadzira Shafa meneruskan karya mereka setelah duet pertama mereka berjudul Kekasih Hati.

Takkan tergantikan engkau di dalam hatiku
Sungguh ku tak mampu lumpuhkan mu
Takkan pernah mungkin bisa ku bunuh cintaku
Karna ku yakin engkau sempurnakan aku
Karna ku yakin kau sempurna untukku

Petikan rangkap lirik di atas merupakan bahagian utama lagu yang mana ianya menceritakan dan meluahkan rasa bersyukur atas kehadiran seorang pasangan yang telah mampu melengkapi hidupnya.

Lagu Pembuka Tahun 2024

Iss Arfan Dan Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua Sempurnakan Aku!
via MAPMUSIC

Unsur romantis yang diterapkan dalam lagu ini juga diharmonikan lagi dengan nada vokal lembut Nadzira Shafa dan Iss Arffan serta melodi manis yang di kompos oleh Opang, produser Octav Panggabean dan susunan muzik oleh Ian Adrian & Bayu Pamungkas.

Dilancarkan pada hari Rabu bertarikh 17 Januari 2024 terbitan & edaran RPM (PT. Royal Prima Musikindo) di Indonesia dan edaran MAPMUSIC di Malaysia.

Malah lagu ini menjadi karya pertama bagi Nadzira Shafa dan Iss Arffan sebagai pembuka tahun 2024.

Duet kedua mereka yang berjudul Sempurnakan Aku ini boleh ditonton dan didengari di YouTube serta platform-platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, dan lain-lain.

Iss Arfan Dan Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua Sempurnakan Aku!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker