Kes 1MDB: Keterangan Pegawai Penyiasat SPRM Memeningkan Kepala Pendakwa

Kes 1MDB Keterangan Pegawai Penyiasat SPRM Memeningkan Kepala Pendakwa (1)

Kes 1MDB: Keterangan Pegawai Penyiasat SPRM Memeningkan Kepala Pendakwa

 

Sebelum ini, Pegawai Penyiasat SPRM, Nur Aida Ariffin, yang juga saksi pendakwaan dalam kes 1MDB bersetuju bahawa Jho Low merupakan dalang utama kepada skandal 1MDB.

Keterangan Aida boleh ditafsirkan sebagai DS Njib sebenarnya tidak bertanggungjawab atas semua penyelewengan duit 1MDB.



Yang menjadi perancang utama kepada skandal penyelewengan duit 1MDB adalah Jho Low.

Dan sebagai perdana menteri ketika itu, adalah mustahil untuk DS Najib memeriksa dengan terperinci duit keluar masuk dari dan kepada akaun 1MDB.

Kini, sekali lagi Aida memeningkan kepada barisan pendakwa bagi kes 1MDB.

Dalam keterangan beliau di mahkamah, Aida mengakui bahawa beliau telah mencadangkan DS Najib didakwa dibawah 4 pertuduhan akta SPRM bagi kes 1MDB.



Cadangan ini dibuat pada 28 Ogos 2018.

Iaitu 3 minggu sebelum DS Najib ditangkap pada 19 September 2018.

Aida juga mengakui beliau mendapat izin untuk menangkap DS Najib daripada DPP iaitu Tuan Akram pada 19 September.

Manakala keterangan DS Najib selesai diambil pada 20 September 2018.



Tetapi bila ditanya peguambela Shafee Abdullah, adakah sudah ada draf pertuduhan kepada DS Najib pada 19 September.

Aida cakap tiada draf.

Soal Shafee lagi, ini bermaksud DS Najib didakwa dan ditangkap tanpa dimasukkan kenyataan beliau dalam kertas siasatan SPRM.

Bukankah ini sesuatu yang pelik?



Aida berkata, beliau sudah memberi taklimat kepada DPP sebelum diberi izin untuk menangkap DS Najib.

Namun beliau mengakui siastaan ketika itu masih tidak lengkap untuk mendakwa DS Najib.

Aida akui yang dia tidak siasat kenyataan DS Najib pada 20 September.

Sebab siastaan sebelum itu sudah cukup untuk mendakwa DS Najib.



Bila disoal kenapa tergesa gesa nak dakwa DS Najib, Aida cakap, tak tahu!!!

Aida juga banyak tidak ingat bila disoal oleh Shafee termasuk apa yang ditaklimat kepada DPP dan masa tangkapan DS Najib.

Bukankah ia adalah perkara penting dalam diari seorang pegawai penyiasat SPRM.

Aida lebih sesuai menjadi saksi peguambela sebenarnya.



 

Kes 1MDB: Keterangan Pegawai Penyiasat SPRM Memeningkan Kepala Pendakwa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button