Air mata Diaz selepas mara ke pentas final

VILLAREAL: Pemain Liverpool, Luis Diaz kelihatan menangis selepas mara ke pentas final Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam kariernya.

Pemain Colombia itu mencetus kebangkitan buat The Reds ketika berdepan Villarreal yang menyaksikan mereka merakam kemenangan 5-2 secara agregat.

Pemain gantian itu masuk pada babak kedua bagi menggantikan Diogo Jota ketika mereka ketinggalan 2-0 dan terikat 2-2 secara agregat.

Kemasukannya memberi impak untuk membantu Liverpool bangkit dengan dia turut meledak gol kedua pada aksi yang berakhir dengan kemenangan 3-2 itu.

Ketika pelawat meraikan kejayaan dan melontarkan penghargaan kepada penyokong mereka yang turut hadir ke stadium, emosi Diaz terpancar apabila dia menutup muka dengan tangannya.

Dia turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Rakan sepasukannya, Andy Robertson menyifatkan Diaz sebagai pemain yang sangat istimewa.

“Dia pemain yang istimewa. Dengan bakat yang ada dan keinginannya untuk menang, dia memang sepadan dengan kami.

“Luis masuk menggantikan Jota dan memberikan sesuatu yang berbeza buat pasukan,” kata pertahanan itu.

AGENS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker