Berhenti Memanipulasi Isu Pengampunan DS Najib

Berhenti Memanipulasi Isu Pengampunan DS Najib

Berhenti Memanipulasi Isu Pengampunan DS Najib

Baru-baru ini, Netflix menyiarkan sebuah dokumentari Man On The Run yang kononnya merupakan pendedahan sebenar mengenai skandal 1MDB.

Antara yang ditemuramah dalam dokumentari tersebut adalah editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Penulis tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai dokumentari tersebut kerana ternyata lebih banyak fitnah berbanding fakta.



Cuma persoalannya, mengapa secara tiba-tiba Netflix menyiarkan dokumentari tersebut?

Adakah kerana kes 1MDB sedang dibicarakan di mahkamah dan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah?

Mungkin itu tujuannya.

Juga tidak boleh ditolak kemungkinan mesej Netflix adalah mahkamah wajib sabitkan kesalahan ke atas DS Najib kerana satu dunia sudah tahu DS Najib bersalah melalui dokumentari tersebut.



Kemudian Channel News Asia (CNA) pula melaporkan kononnya Lembaga Pengampunan akan membincangkan mengenai pengampunan DS Najib bulan ini.

Sangat menghairankan, Ketua Peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah, malah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sendiri tidak tahu bila Lembaga Pengampunan akan bersidang.

Tetapi CNA mendakwa mereka mengetahuinya melalui sumber yang tidak disebutkan.

Isu pengampunan DS Najib sudah dimanipulasikan oleh banyak pihak sejak beliau dipenjarakan lebih setahun yang lepas.



Ada pihak yang benar-benar mahu supaya DS Najib dibebaskan demi untuk mendapatkan keadilan DS Najib.

Dan ada juga yang berpura-pura memperjuangkannya untuk kepentingan peribadi.

Jangan terkejut, ada pula pihak yang berpura-pura memperjuangkannya untuk menggagalkan pengampunan ke atas DS Najib.

Berjuang Di Atas Landasan Yang Betul

Dari pemerhatian penulis, banyak pihak memperjuangkan pengampunan DS Najib dengan menggunakan alasan yang tidak tepat.



Perjuangan mereka hanya berlandaskan kepada hujah yang tidak tepat.

Kembalikan Najib kepada keluarga adalah antara slogan yang pernah digunakan.

Ianya menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat, sekiranya itu menjadi sebab mengapa DS Najib diampunkan, apa kebaikan yang akan kami dapat?

Kalau hanya untuk kembalikan DS Najib kepada keluarga beliau, maka tidak ada keperluan untuk pihak istana untuk memberikan pengampunan.



Bukankah selepas DS Najib menghabiskan hukuman penjara, beliau akan kembali kepada keluarga beliau?

Landasan perjuangan mesti dibetulkan segera supaya pihak istana boleh menimbangkannya.

Yang mesti diperjuangkan adalah keadilan untuk DS Najib.

Keadilan yang dinafikan sepanjang tempoh perbicaraan bermula dari perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi hingga semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.



Berikan hujah yang berpaksikan kepada fakta yang kukuh.

DS Najib adalah milik keluarga beliau, tetapi keadilan adalah milik masyarakat dan ianya WAJIB diperjuangkan.

Terangkan kepada masyarakat, berdiam diri dengan kezaliman membawa maksud kita menyokong kezaliman yang berlaku di hadapan mata.

Apakah mungkin rahmat dan barokah Allah SWT akan turun dari langit kepada rakyat, pemimpin dan negara yang mempertahankan kezaliman?

DS Najib tidak memohon pengampunan atas sabitan mahkamah kerana beliau yakin tidak bersalah.

Yang beliau mahu adalah keadilan melalui perbicaraan semula yang lebih adil dan telus.

Berhenti Memanipulasi Isu Pengampunan DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button