Polis Singapura tahan 227 orang disyaki scammer
Oleh – Syeikh Baran

Polis Singapura menahan 227 suspek, berusia di antara 15 dan 70 tahun, atas kesalahan penipuan dalam operasi bermula 2 Februari hingga 15 Februari lalu, menurut kenyataan polis, lapor Xinhua.
Suspek terbabit dalam lebih 1,000 kes, termasuk penipuan pinjaman, penipuan pekerjaan, penipuan e-dagang, penipuan pelaburan, penipuan penyamaran pegawai kerajaan dan penipuan cinta dalam talian.
Polis berkata, mangsa kerugian lebih S$8 juta (AS$5.9 juta).
Suspek disiasat kerana menipu, pengubahan wang haram, atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen. –BERNAMA-XINHUA
Sumber – BERITA HARIAN