Penjawat awam maut jatuh kondo

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam maut jatuh kondo
Lokasi kejadian seorang kakitangan awam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Cheras. – Foto tular

Seorang kakitangan awam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Cheras di sini, semalam.

Kejadian dilaporkan kira-kira jam 9 malam dan mayat mangsa ditemui terbaring oleh pengawal keselamatan di kaki lima di Blok C kondominium terbabit.



Difahamkan, mangsa berusia 40 tahun itu mempunyai lima anak dan pernah menjadi penerima Anugerah Cemerlang perkhidmatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata mangsa adalah wanita tempatan dan siasatan masih diteruskan.

“Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.
 
Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading