Qatar rayu masyarakat antarabangsa

Oleh – Syeikh Baran


Qatar rayu masyarakat antarabangsa
PASUKAN penyelamat dan orang ramai membantu mengeluarkan mangsa yang cedera dari bangunan runtuh akibat serangan Israel. FOTO AFP

Qatar menyeru masyarakat antarabangsa supaya menghalang ‘pembunuhan beramai-ramai’ di Rafah berikutan rampasan Israel ke atas lintasan antara bandar Gaza dengan Mesir dan ancaman serangan yang lebih meluas.

Dalam kenyataan, negara Teluk yang menjadi pengantara antara Israel dan pejuang Hamas itu merayu ‘tindakan antarabangsa dengan segera bagi menghalang bandar itu daripada diceroboh dan jenayah pembunuhan beramai-ramai berlaku’.



Israel menyerang sasaran di Semenanjung Gaza pada Rabu selepas merampas sempadan sempadan utama dengan Mesir.

Israel sudah berikrar selama berminggu-minggu untuk melancarkan pencerobohan darat ke Rafah, walaupun terdapat bantahan antarabangsa.

Serangan ke atas bandar selatan itu, yang dipenuhi orang awam yang hilang tempat tinggal berlaku ketika perunding dan pengantara bertemu di Kaherah untuk cuba menyelesaikan perjanjian pembebasan tebusan dan gencatan senjata dalam perang yang sudah berlangsung selama tujuh bulan.

Qatar bersama Mesir dan Amerika Syarikat menjadi pengantara bagi rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button