Liverpool ‘titik’ Brentford, Salah kembali gegar

Oleh – Syeikh Baran


Liverpool 'titik' Brentford, Salah kembali gegar
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringannya ketika menentang Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris. – Foto REUTERS

Mohamed Salah meledak gol pertamanya sejak malam tahun baharu untuk membantu Liverpool membenam Brentford 4-1 sekali gus mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan lima mata, sebentar tadi.

Darwin Nunez meletakkan Liverpool di hadapan di minit ke-35 sebelum Alexis Mac Allister melebarkan jurang pada minit ke-55 pada aksi di Stadium Komuniti Gtech itu.



Liverpool 'titik' Brentford, Salah kembali gegar
Darwin Nunez menjaringkan gol pertama Liverpool ketika menentang Brentford.

Salah yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bersama Mesir kemudian mencetak nama selaku penjaring dengan penyudah kemas pada minit ke-68.

Ivan Toney bagaimanapun mengurangkan defisit untuk Brentford tujuh minit kemudian namun Cody Gakpo melengkapkan kemenangan bergaya ‘The Reds’ dengan gol keempat, empat minit sebelum tamat perlawanan.

Liverpool 'titik' Brentford, Salah kembali gegar
Pemain Liverpool, Cody Gakpo meraikan jaringannya.

Manchester City dan Arsenal yang mengekori Liverpool mampu merapatkan jurang kepada dua mata jika berjaya menewaskan lawan masing-masing iaitu Chelsea dan Burnley. – AGENSI

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading