Wanita idam lelaki gaji RM9,000, netizen seloroh cari suami orang

Oleh – Syeikh Baran


Wanita idam lelaki gaji RM9,000, netizen seloroh cari suami orang
Gambar Hiasan

Tular sebuah video memaparkan pendapat beberapa orang wanita berkaitan gaji minimum yang diperlukan golongan lelaki sebelum mendirikan rumah tangga.

Menurut salah seorang wanita tersebut, dia merasakan seorang lelaki itu perlu mempunyai gaji sekurang-kurangnya RM9,000 jika mahu berkahwin dengannya.



“Kalau lelaki nak kahwin dengan awak, dia kena gaji berapa? RM900 cukup tak?,” soal pemilik kandungan @raffirsimple.

“RM900 tak cukup. Kena RM9,000 lebih kot,” balas wanita tersebut.

Bagaimanapun, jawapan wanita itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya menyifatkan wanita itu sebagai ‘high demand’ dan ada yang meninggalkan komen berbaur perlian.



“Nak duduk rumah goyang kaki la tu (itu) kak (kakak), sebab itu nak yang gaji tinggi untuk tanggung semuanya,” perli Ariff.

“Kau ingat lelaki sekarang akan pilih wanita pemalas kah? Nak lelaki gaji besar, kalau kau pun gaji tak besar, dia tak pandang la,” perli @mmeresh.

Sementara itu, ada sebahagian netizen berseloroh, sekiranya inginkan bakal suami bergaji besar, carilah dalam kalangan suami orang.

“Suami orang ja gaji lebih RM9,000. Sebab nak sara anak bini yang ada, kerja kena lebih, gaji pun lebih. Setakat bujang muda selalunya rate (tahap gaji) sekitar RM3,000 sahaja,” kata Naeem.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button