Pemandu kereta ditemui rentung

Pemandu kereta ditemui rentung

Pemandu kereta ditemui rentung
Pemandu kereta rentung selepas keretanya ditemui terbakar berhampiran Kampung Nanga San di Jalan Brayun-Sri Aman, hari ini. NSTP/Erica George

SRI AMAN: Seorang pemandu kereta rentung selepas keretanya ditemui terbakar berhampiran Kampung Nanga San di Jalan Brayun-Sri Aman, hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, identiti mangsa belum diketahui.

Jurucakap Pasukan Alpha Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, berkata sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 10.04 pagi.

Katanya, setiba di lokasi, pihaknya mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah kereta yang diletakkan di kawasan lapang berhampiran kampung terbabit.

“Kami kemudian menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran bantu mula yang mana sumber air diperoleh dari pam jentera bomba.

“Selepas api dipadam dalam tempoh satu jam, pasukan bomba menemui mayat seorang individu yang rentung di tempat duduk pemandu kereta,” katanya.

Katanya, kes diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker