KPT lawat projek pembangunan UUM

(Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (kanan) mengiringi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (depan) meninjau kemajuan projek pembangunan Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum baharu UUM di Sintok, Kedah, baru-baru ini)

Oleh Azrin Muhammad

SINTOK – Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama Kementerian Kerja Raya membuat lawatan kerja ke Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dijangka akan siap tidak lama lagi.



Lawatan yang diadakan Sabtu lalu itu dihadiri Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar mengiringi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof turun padang melihat sendiri kemajuan projek pembangunan Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum baharu UUM.

Menurut kenyataan KPT baru-baru ini, Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum itu mrangkumi pelbagai fasiliti seperti bilik kuliah, studio tarian, studio muzik termasuk menempatkan pejabat Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UUM.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) KPT, Azlinda Azman.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button