Pencuri 112 naskhah akhbar Kosmo! dicekup

Oleh – Syeikh Baran


Pencuri 112 naskhah akhbar Kosmo! dicekup
Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan dua suspek mencuri 112 naskhah akhbar Kosmo! di Taman Petani Jaya, Sungai Petani, Khamis lalu.

Tindakan seorang lelaki mencuri 112 naskhah akhbar Kosmo! dalam kejadian di sebuah lokasi pengedaran akhbar itu di Taman Petani Jaya, di sini Khamis lalu mengundang padah apabila dia berjaya ditahan polis dua hari kemudian.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Pengkalan Lebai Man, di sini selepas pihak polis melakukan siasatan berdasarkan televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam.



Turut ditemui semula ialah keseluruhan naskhah akhbar tersebut yang belum sempat dijualnya sebagai barang terpakai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kecurian itu dilaporkan oleh pengedar surat khabar berkenaan selepas menyedari bungkusan berisi akhbar yang baru dihantar itu hilang di hadapan premis perniagaannya.

“Pengedar itu kemudian terkejut apabila CCTV menunjukkan dua suspek menaiki motosikal mencuri akhbar berkenaan sebelum bertindak membuat laporan polis.

“Pihak kita kemudian membuat pemerhatian dan berdasarkan rakaman CCTV, kita berjaya menahan suspek di rumahnya bersama bungkusan akhbar itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini.



Kata beliau, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kesalahan mencuri.

“Suspek kini dalam tahanan reman selama lima hari yang bermula 20 April lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya sedang menjejaki seorang lagi suspek dalam kejadian itu yang dipercayai telah melarikan diri selepas mendapat tahu rakannya ditahan polis.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button