Dr Akmal Perlukan Rawatan Terapi Politik

Dr Akmal Perlukan Rawatan Terapi Politik

Dr Akmal Perlukan Rawatan Terapi Politik

Pemerhati politik melihat sikap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Salleh, sebagai budak nakal di dalam UMNO.

Tetapi ada juga di antara mereka mengingatkan, sekiranya sikap budak nakal itu tidak dikawal, dikhuatiri ianya akan bertukar menjadi budak jahat di dalam UMNO.

Bagi penulis, ada asasnya dakwaan dan peringatan yang diberikan oleh pemerhati politik tersebut.



Tetapi, ada juga kemungkinan, Dr Akmal kini sedang menghadapi masalah kejutan budaya kepimpinan.

Dari seorang pemimpin muda di peringkat bahagian, secara tiba-tiba, Dr Akmal diangkat untuk memimpin armada Pemuda UMNO di peringkat pusat.

Ianya sudah pasti menuntut perubahan sikap, kepimpinan dan kebijaksanaan yang besar.

Persoalannya, adakah Dr Akmal sudah melengkapkan diri beliau untuk melakukan perubahan tersebut?



Ketika berkempen, Dr Akmal dilihat bijak menempatkan diri beliau supaya berada di dalam kumpulan yang betul.

Beliau mempamerkan kepada umum bahawa beliau mendapat sokongan dari mantan Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf, dengan bergambar bersama ketika melakukan umrah di Mekah.

Sebagaimana yang akar umbi maklum, Dr Asyraf sememangnya dikenali sebagai ‘orang presiden’.

Secara tidak langsung, Dr Akmal memberitahu kepada Pemuda UMNO yang akan mengundi bahawa beliau juga mendapat ‘restu’ dari presiden.



Strategi Dr Akmal menjadi dan di dalam pemilihan parti, beliau berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dikosongkan oleh Dr Asyraf.

Tetapi, selepas berjaya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal dilihat seolah-olah kehilangan arah tuju.

Bersuara Pada Isu Yang Salah

Beliau mahu dilihat sebagai pemimpin muda yang vokal tetapi sikap vokal beliau itu sering diletakkan di tempat yang salah.

ADUN Melaka, Jailani Khamis, muncul sepentas dengan Perikatan Nasional (Kelantan dan terkini di Johor), beliau membisu seribu bahasa.



Tetapi apabila DAP melakukan sedikit kontroversi dalam isu lambang DAP di ‘mock cheque’, beliau lantang bersuara.

Penulis tidak faham, mengapa Dr Akmal berterusan menyerang DAP?

Kali pertama beliau menyerang DAP ketika PAU 2023.

Beliau terus menuntut supaya DAP meminta maaf kepada UMNO walau pun presiden UMNO sendiri sudah menyatakan tiada keperluan untuk DAP melakukannya.



Tidakkah beliau sedar, tindakan beliau itu sebenarnya boleh menjejaskan kedudukan UMNO di dalam kerajaan?

Atau beliau sengaja melakukannya supaya UMNO tersingkir dari kerajaan?

Sebagai pemimpin muda yang berpendidikan tinggi, sepatutnya Dr Akmal, lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan.

Perlukah menggunakan perkataan ‘bodoh’ kepada seorang menteri penuh di peringkat pusat?



Di mana adab beliau kepada seorang yang lebih berusia dan berjawatan tinggi?

Lantang bersuara tidak berarti bersikap biadab.

Mungkin kepimpinan UMNO perlu memanggil Dr Akmal untuk diberikan rawatan terapi politik sebelum beliau menjadi budak jahat UMNO.

 

Dr Akmal Perlukan Rawatan Terapi Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button