Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN

Sebelum kempen PRN 6 negeri membuka tirai, presiden UMNO, DS Zahid, dilihat menjadi pusat serangan Perikatan Nasional.

Pasca PRU 15, serangan ke atas DS Zahid sebenarnya bermula sebaik sahaja tamat PRU 15.

DS Zahid diasak dari pelbagai sudut supaya beliau akur dengan kehendak Muhyiddin dan Perikatan Nasional.



Perikatan Nasional mahu supaya DS Zahid memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi atas beberapa faktor, DS Zahid enggan tunduk kepada kehendak Muhyiddin.

Maka Muhyiddin dan Perikatan Nasional berputih mata untuk menguasai Putrajaya.

Kemudian menjelang pemilihan UMNO, DS Zahid sekali lagi diserang.



Tujuan Muhyiddin dan Perikatan Nasional adalah supaya dapat menggantikan kerusi presiden yang disandang oleh DS Zahid dengan orang yang boleh mereka bonekakan.

Tetapi atas desakan akar umbi yang tidak mahukan perpecahan di dalam UMNO, maka kerusi presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Sekali lagi Muhyiddin dan Perikatan Nasional berputih mata.

Kemudian apabila menjelang PRN 6 negeri, serangan mereka bertukar arah, dari DS Zahid kepada Anwar Ibrahim.



Sebabnya mudah, kerana Anwar adalah ketua kerajaan dan mereka mahu menanam naratif di kalangan rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang gagal.

Mereka berharap dapat mewujudkan gelombang penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar.

Tetapi sekali lagi mereka gagal kerana keputusan akhir menyaksikan status quo di kesmua 6 negeri dapat dikekalkan.

Zahid Sekali Lagi Menjadi Sasaran Serangan

Kini, satu-satunya pilihan yang Perikatan Nasional ada ialah untuk menggantikan DS Zahid dengan boneka mereka.



Sekiranya itu dapat dilakukan, maka keseluruhan 30 ahli parlimen Barisan Nasional akan berada di blok Perikatan Nasional.

Ini menjadikan bilangan ahli parlimen yang bersama mereka seramai 104 orang.

Mereka cuma memerlukan cuma 8 ahli parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Parti GRS Sabah yang sememangnya berDNA Perikatan Nasional berkemungkinan besar akan menyertai mereka sekiranya DS Zahid dapat ditumbangkan dari kerusi presiden UMNO.



Ini menjadikan bilangan ahli parlimen yang bersama mereka adalah seramai 110 orang kerana GRS mempunyai 6 orang ahli parlimen.

Manakala ahli parlimen Bebas seramai 2 orang serta PBM dan KDM dijangka akan menyokong Perikatan Nasional sekiranya berlaku angin perubahan.

Ini menjadikan jumlah ahli parlimen yang bersama Perikatan Nasional seramai 114 orang kerana PBM dan KDM mempunyai seorang ahli parlimen bagi setiap parti.

Inilah percaturan mereka dan inilah yang sedang mereka usahakan.



Ekonomi hancur dan rakyat menderita, bukan masalah mereka kerana setiap hari perut mereka kenyang.

Dan setiap hari simpanan serta harta mereka bertambah.

Dan bagi Perikatan Nasional, inilah yang mereka maksudkan sebagai menjadi pembangkang yang kompeten untuk rakyat.

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading