Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?

Pengarah Komunikasi UMNO, Dato’ Lokman Noor Adam, mendedahkan perancangan 7 orang ahli parlimen Barisan Nasional dijangka akan meletak jawatan sebagai ahli parlimen.

Menurut Lokman, 4 orang ajli parlimen tersebut dari Johor, seorang dari Pahang, seorang dari negeri di utara dan seorang lagi dari Sabah.



Ada persoalan yang menarik untuk diperhatikan di sini.

Sekiranya benar ada 7 orang ahli parlimen meletak jawatan, adakah ianya akan menggugat Kerajaan Perpaduan di pusat?

Kerajaan Perpaduan di pusat sehingga hari ini mempunyai sokongan seramai 148 orang ahli parlimen.

Sekiranya 7 orang ahli parlimen mengambil keputusan untuk meletak jawatan, ini bermakna Kerajaan Perpaduan masih mempunyai 141 ahli parlimen, termasuk Muda.



Dalam masa yang sama, 6 ahli parlimen GRS dari Sabah juga dijangka akan berpatah balik kepada Perikatan Nasional.

Diandaikan ahli parlimen Warisan (3), Bebas (2), PBM (1), KDM (1) dan Muda (1) juga mengalihkan sokongan.

Maka Perikatan Nasional mendapat tambahan sokongan 14 ahli parlimen.

Kedudukan sokongan ahli parlimen kepada Kerajaan Perpaduan akan berubah:



  • PH : (81 – 1 kerusi kosong) + BN(23) + GPS (23) = 127 ahli parlimen
  • PN : (74) + BN(7) + GRS(6) + Warisan (3) + PBM, KDM, Muda (3) + Bebas (1) = 94

Jumlah keseluruhan ahli parlimen sekarang adalah 221 dengan kekosongan di parlimen Pulai.

Kesimpulannya, Kerajaan Perpaduan tidak akan tumbang.

Ini adalah kerana Perikatan Nasional masih memerlukan sokongan dari 18 orang ahli parlimen.

Penulis difahamkan, Perikatan Nasional sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya dari 18 ahli parlimen GPS Sarawak.



Namun, dikatakan usaha itu agak mustahil untuk berjaya kerana Pengerusi GPS dikatakan tidak bersetuju.

Apa Sebenarnya Yang Di Rancang Oleh Perikatan Nasional

 

Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?

Sekiranya Perikatan Nasional tahu mustahil untuk mereka menumbangkan Kerajaan Perpaduan, apa tujuan mereka sebenarnya.



Matlamat mereka adalah sama, iaitu menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Cuma strategi sebenar mereka tidaklah ‘straight forward’ seperti yang disangkakan.

Perikatan Nasional dikatakan cuba memberi mesej kepada dunia luar bahawa keadaan politik di Malaysia masih tidak stabil.

Implikasinya, pelabur asing yang sudah bersetuju untuk membawa masuk pelaburan asing akan membatalkan niat mereka.



Apabila ini berlaku, maka ekonomi negara akan terjejas dan peluang pekerjaan yang bakal dinikmati oleh rakyat akan hilang.

Akibatnya kadar pengangguran akan melonjak dan matawang Ringgit akan semakin lemah di pasaran matawang antarabangsa.

Keadaan ini akan terus menekan kehidupan rakyat dan rakyat akan bangkit untuk menuntut kerajaan yang ada sekarang supaya berundur.

Kesempatan inilah yang akan digunakan oleh Perikatan Nasional untuk mempengaruhi lebih ramai ahli parlimen untuk menyokong mereka.

Dalam keadaan menghadapi kemarahan rakyat, sukar untuk ahli parlimen untuk menolak permintaan Perikatan Nasional.

Inilah sebenarnya perancangan mereka.

Sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperjudikan kehidupan rakyat asalkan cita-cita mereka menjadi kenyataan.

Namun, pemimpin beginilah yang masih mendapat sokongan dan kepercayaan dari rakyat Malaysia!!!

 

Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button