Negeri Victoria bayar denda ratusan juta kerana Sukan Komanwel 2026

Negeri Victoria bayar denda ratusan juta kerana Sukan Komanwel 2026

Negeri Victoria bayar denda ratusan juta kerana Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia akan membayar sebanyak AUD380 juta (US$243 juta) selepas negeri itu memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Sydney: Negeri Victoria di Australia akan membayar sebanyak AUD380 juta (US$243 juta) selepas negeri itu memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, lapor Xinhua.

Penyelesaian kewangan itu, yang diumumkan kerajaan negeri Victoria pada Sabtu, dicapai selepas rundingan antara Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Perkongsian Persekutuan Sukan Komanwel (CGFP), Sukan Komanwel Australia (CGA) dan Victoria.

Victoria bersetuju untuk membayar jumlah itu kepada CGF, CGFP dan CGA, manakala kesemua pihak bersetuju bahawa model serantau berbilang hab lebih mahal untuk dihoskan berbanding model tradisional.



Pada pertengahan Julai, kerajaan Victoria mengumumkan untuk membatalkan rancangan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 kerana kos yang “terlalu tinggi” iaitu lebih AUD6 bilion (US$3.8 bilion)

Kerajaan negeri dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata semua pihak “membuat konsesi yang sesuai” untuk mencapai penyelesaian itu. Syarat penyelesaian akan kekal sulit.

Andrews berkata penyelesaian itu adalah pilihan terbaik untuk kerajaan dan mencabar bayaran penalti akan mengakibatkan tuntutan mahkamah yang berpanjangan dan berlarutan selama bertahun-tahun.

Negeri Victoria bayar denda ratusan juta kerana Sukan Komanwel 2026


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading