Darurat di British Columbia akibat kebakaran hutan dahsyat

Darurat di British Columbia akibat kebakaran hutan dahsyat

Darurat di British Columbia akibat kebakaran hutan dahsyat
Kebakaran hutan di West Kelowna, British Columbia, Kanada. – FOTO AFP

Berlin: Darurat telah diisytiharkan di wilayah British Columbia Kanada ketika kebakaran hutan yang dahsyat terus melanda wilayah itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua Menteri British Columbia David Eby membuat pengumuman untuk seluruh wilayah di pantai Pasifik itu pada petang Jumaat di platform X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Terdahulu, beberapa rumah dan pangsapuri di sekitar bandar pelancongan terkenal West Kelowna di Tasik Okanagan, musnah dijilat api.



Perintah darurat telah diisytiharkan untuk bandar itu, yang dihuni 36,000 penduduk.

Bandar Kelowna, dengan populasi hampir 150,000 di seberang tasik itu turut terjejas akibat kebakaran yang menurut pihak berkuasa dijangka semakin merebak.

Selain itu, kebakaran hutan yang marak turut berlaku wilayah berhampiran di Northwest Territories.

Disiarkan pada: Ogos 19, 2023 @ 5:59pm



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button