EPL: Sensasi Salah dominasi derbi Merseyside

EPL: Sensasi Salah dominasi derbi Merseyside

EPL: Sensasi Salah dominasi derbi Merseyside
SALAH meledak dua gol ketika membantu Liverpool mencatat kemenangan pada aksi derbi menentang Everton kelmarin. – AFP SALAH meledak dua gol ketika membantu Liverpool mencatat kemenangan pada aksi derbi menentang Everton kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akui cukup bersimpati dengan rakan sejawatnya di Everton, Sean Dyche selepas The Reds meraih kemenangan 2-0 pada aksi derbi Merseyside di Anfield kelmarin.

Selepas Everton terpaksa bermain 10 orang ekoran kad merah ke atas Ashley Young, Dyche turut dilayangan kad kerana meluahkan rasa kurang puas hati kerana pertahanan Liverpool, Ibrahim Konate tidak diberikan kad kuning kedua.

“Saya tahu situasinya akan jadi sukar apabila Konate melakukan asakan dan apabila dia tidak dilayangkan kad merah, saya segera keluarkannya. Jadi, sudah pasti saya cukup faham kekecewaan Everton dan Sean.



“Saya tidak tahu adakah kami boleh menang jika 10 lawan 10, namun hakikatnya kami mempunyai peluang kerana kami adalah pasukan yang lebih baik. Pada akhirnya, tiada lagi keraguan yang kami sebenarnya adalah pasukan lebih baik untuk dapatkan tiga mata,” katanya.

Pada perlawanan itu, Mohamed Salah terus menjadi nadi utama The Reds, meledak kedua-dua jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-75 dan serangan balas menarik ketika aksi berada di masa tambahan.

Sementara itu, Dyche bingung dengan keputusan pengadil kerana tidak mengenakan tindakan kepada Konate, begitu juga dengan kad kuning diterimanya.

“Saya fikir semua orang akan tergamam kerana Konate tidak diberikan kad kuning kedua. Pengadil memberitahu saya dan dia tidak rasakan kesalahan itu sesuatu yang wajar diberikan kad.



“Ia membingungkan dan saya juga tidak tahu bagaimana saya boleh diberikan kad kuning kerana tindakan saya sama seperti orang lain di dalam stadium,” ujarnya. – AGENSI

EPL: Sensasi Salah dominasi derbi Merseyside


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button