Britain diancam ‘hujan darah’

Oleh – Syeikh Baran


Britain diancam 'hujan darah'
Hujan lebat dijangka melanda Britain pada minggu ini. Foto Agensi

Rakyat Britain diberi amaran supaya berwaspada dengan ‘hujan darah’ ketika satu lagi ribut diramalkan melanda negara itu bermula Isnin.

Ramalan itu dibuat Nick Finnis di Netweather selepas Ribut Pierrick yang membawa kepulan awan tebal dan angin kencang berkelajuan sehingga 128 kilometer sejam ke utara Perancis pada minggu ini.



“Pierrick boleh menyebabkan taburan habuk atau zarah berwarna merah pada harta benda penduduk. Fenomena itu juga boleh menyebabkan hujan dalam warna kecoklatan yang biasanya dibawa dari Sahara.

Pejabat Met juga memberitahu orang ramai supaya tidak terkejut apabila melihat ‘hujan darah’ berikutan sistem tekanan rendah boleh menyebabkan keadaan bercampur aduk.

“Jika anda melihat tingkap rumah anda kotor selepas hujan, sudah semestinya ia disebabkan mendapan habuk Sahara,” kata peramal cuaca, Marco Petagna.

Difahamkan, Kathleen yang melanda selama beberapa hari dijangka ‘bergerak keluar’ dari negara itu dan akan ‘diambil alih’ oleh Pierrick. – Agensi



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading