KPT cemerlang sepanjang Ekspo 2020 Dubai

(Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di Kuala Lumpur, baru-baru ini)

Oleh Rohana Man

KUALA LUMPUR – Minggu Pendidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diadakan sempena Ekspo 2020 Dubai yang berakhir hujung tahun lalu mencatatkan kejayaan cemerlang dan memberangsangkan.



Sebanyak 11 buah universiti awam (UA), tujuh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan lapan agensi yang bernaung di bawah payung KPT telah mengambil bahagian dalam program minggu pendidikan KPT itu.

Dalam tempoh penganjuran tersebut, sebanyak 40 program ceramah dan forum telah diadakan.

Menurut kenyataan yang dipetik dari Facebook KPT, kesemua program ceramah dan forum itu merangkumi topik seperti alam sekitar dan kelestarian, latihan pendidikan teknikal dan vokasional, pendidikan dan teknologi Islam, mobiliti pelajar dan pensyarah.

“Lebih 100 sesi pertemuan padanan perniagaan antara institusi dari Malaysia dan kolaborator antarabangsa telah diadakan, sekali gus menyaksikan memorandum persefahaman dimeterai pihak-pihak berkenaan,” kata kenyataan tersebut.



Minggu Pendidikan KPT diadakan pada 13 hingga 18 Disember 2021 sempena Ekspo 2020 Dubai yang berlangsung selama enam bulan, mulai Oktober 2021 hingga Mac 2022.

Ekspo 2020 diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 1 Oktober hingga 31 Mac 2022.

Tarikh asal ekspo adalah pada 20 Oktober hingga 10 April 2020, namun ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Penyertaan KPT dalam ekspo itu bertujuan menarik pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Malaysia dengan sasaran 250,000 pelajar asing menjelang tahun 2025.



Dalam satu perkembangan lain, penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai berjaya menjana RM77.25 bilion dalam potensi perdagangan, perniagaan dan pelaburan melalui dokumen kerjasama yang ditandatangani, serta pertanyaan perniagaan yang diterima.

Berikutan kejayaan cemerlang itu, Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur bagi menghargai petugas yang terlibat dalam ekspo berkenaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turut menghadiri majlis penghargaan itu yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Secara keseluruhan, Pavilion Malaysia menerima kira-kira 1.2 juta pengunjung dan disenaraikan sebagai satu daripada lima pavilion paling digemari media antarabangsa.



Menurut Ismail, Malaysia berjaya melepasi sasaran sebanyak tujuh kali ganda dengan potensi perdagangan dan pelaburan.

Kejayaan itu, katanya, diraih melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman, Perjanjian Perkongsian dan Surat Niat melibatkan syarikat dan pihak luar termasuk dari Amerika Syarikat, China, Emiriah Arab Bersatu, India, United Kingdom dan Qatar.

“Sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di sini, baru-baru ini.

Melalui pameran dan pengisian Pavilion Malaysia, pengunjung didedahkan pentingnya manusia melindungi alam sekitar dan perlunya kehidupan dijalani dengan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button