Donut Ball Gebu Guna Pelembut Roti Homemade

Donut Ball Gebu Guna Pelembut Roti Homemade
Donut Ball Gebu Guna Pelembut Roti Homemade

Donut Ball Gebu Guna Pelembut Roti Homemade

Jom kita men’donut’ pulak kali ni. Kalau cakap pasal donut, semestnya kita nak donut yang lembut kan? Ada berbagai cara dan bahan untuk nak lembutkan donut, sama ada guna bahan additive seperti bread softener, atau cream super dan juga guna bahan semulajadi contoh seperti kentang.

Kali ni Che Nom nak guna bahan tambahan yang dibuat sendiri iaitu tanzhong atau water roux. Cara ni memang famous di sebelah asia, dengan tujuan untuk lembutkan roti. Caranya, tepung tu kita masak denga air sampai jadi pekat. Kemudian ditambah masuk dalam doh. Hasil roti dan donut memang lembut.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan tangzhong:
    • 2 sb tepung gandum
    • 6 sb air
  • Bahan-bahan donut:
    • 1/2 cawan + 3 sb susu penuh cream
    • 1 biji telur
    • 2 sk yis kering
    • 2 sb gula
    • 1/2 sk garam
    • 1 sb susu tepung
    • (** boleh ganti 1 sb susu pekat)
    • 2 1/2 tepung gandum
    • 2 sb mentega
  • Bahan-bahan salutan:
    • Gula kastor
    • Serbuk kayu manis

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk tangzhong:
    1. Masukkan tepung gandum dan air dalam saucepan
    2. Masak atas api perlahan dan kacau sampai pekat.
    3. Keluarkan dari kuali dan sejukkan.
  2. Cara-cara untuk donut:
    1. Masukkan susu full cream dalam cawan dan panaskan sedikit (panas suam kuku).
    2. Masukkan yis kering dan gula. Kacau sebati dan rehatkan, biarkan yis aktif.
    3. Pecahkan telut dan kacau sebati. Bila yis dan naik, masukkan telur dalam adunan yis.
    4. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum (seeloknya guna tepung roti), garam, susu tepung, tangzhong, adunan yis dan uli sebati.
    5. Masukkan butter yang dah lembut dan sambung uli sampai doh elastic dan tak melekat. Bulatkan doh.
    6. Gris mangkuk dengan minyak, masukkan doh dan tutup dengan kain atau pastik cling wrap. Rehatkan sehingga doh naik dua kali ganda.
    7. Keluarkan doh, tekan keluar angin dan uli sikit-sikit.
    8. Gris loyang (untuk letak donut nanti) dengan minyak.
    9. Bulatkan doh menjadi bebola kecil (anggaran berat sebiji donut 15g-20g).
    10. Susun donut dalam loyang dan biar donut naik kembang dan rehatkan anggaran 15 minit.
    11. Panaskan minyak dan goreng donut. Bila dah perang boleh angkat dan toskan.
  3. Cara-cara untuk salutan:
    1. Masukkan gula kastor dan serbuk kayu manis dalam mangkuk.
    2. Masukkan gula dlm mangkuk, tutup dan goncang sampai donut salut sebati.

Tip:

  • Nak tau tangzhong dah masak, bila kita lorek dan doh tak cair atau bila hentak (dari atas ke bawah dengan sudu) doh jadi bentuk tajam atau v.
  • Susu jangan panas sangat sampai mendidih takut yis mati.
  • Untuk resepi ni, seeloknya guna tepung roti, sebab high protein dan banyak gluten terhasil bila kita uli, gluten tu yang akan bagi texture roti lembut.
  • Boleh ganti salutan gula dengan tepung susu. Campur tepung susu dan sedikit gula kemudian gaul sebati.
  • Semasa goreng, jangan kerap alih takut donut serap banyak minyak.

Spaghetti Sos Bolognese Homemade



Donut Ball Gebu Guna Pelembut Roti Homemade

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penyatuan Umah PAS  adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button