Parti Islam jenis apa yang akur dan  tali barut kepada Kluster mahkamah?

 

Oleh Adam Malik

Parti Islam jenis apa yang akur dan  tali barut kepada Kluster mahkamah



Golongan muda tidak bermaklumat sasaran PN, yang jahil agama pula jadi sasaran PAS.

Amat jelas gabungan Perikatan Nasional amat memerlukan golongan muda untuk mendapat sokongan politik mereka.

Melalui keputusan PRK Kuala Kubu Bahru yang baru berlansung, pihak PN telah membuat andaian pihak pengundi muda telah memberi undi kepada mereka.



Dari kajian mana dan rumusan mana tidak perlu disiasat.

Namun dari bacaan laporan pihak yang membuat rumusan pihak itu telah meletak pengundi umur 40 tahun kebawah sebagai golongan muda.

Maka rumusan dan pendapat itu tidak boleh diguna pwkai.

Kita sangka golongan muda yang dimaksudkan itu 20 tahun kebawah atau pengundi baru.



Maka kenyataan orang muda sokong Perikatan Nasional sekadar mahu ubat hati yang luka kerana tewas

Namun, fakta PAS hidup atas pengundi jahil agama berkaitan politik adalah benar.

Keadaan PAS bertuan kan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin sahaja sudah memadai untuk menilai pengundi PAS.

PAS pegang Empat negeri namun menyerah SG4 dibawah Mahathir adalah satu petunjuk PAS tidak cukup bijak memerintah.



Ahli ahli PAS bawahan sangat memuja pemimpin PAS tanpa sedar diatas pemimpin mereka ada dua individu yang tidak selari dengan perjuangan PAS.

PAS sekadar parti sama taraf dengan parti Gerakan dalam Perikatan Nasional.

Pendek kata, undi PAS tidak dapat Islam tapi dapat Muhyiddin dan Mahathir, Kluster mahkamah dan pengelak umum harta hatta lari cukai.

Maka , fix deposit PN untuk PRU16 adalah golongan muda, dan fix deposit PAS adalah golongan jahil agama , bahkan juga jahil isu lampau berkenaan PAS.



Menang tidak semesti betul, begitu juga dengan ramai yang mengundi.

Ambil kesempatan dari mereka yang jahil agama sebagai pengundi adalah sasaran PAS.

Selagi ada golongan ini PAS boleh bermain isu “halal untuk ku, Haram untuk mu” dan golongan ini akan terus menyokong tanpa berfikir.

Jika parti PAS bernaung dibawah orang ada banyak kes mahkamah dan sekongkol bersama pun penyokong jahil akan tidak cuba persoal dan akan terus tetap serah undi kepada PAS.



Sampai bilakah keadaan sebegini akan berterusan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button