India bantah ‘Peta Standard’ baharu China

India bantah ‘Peta Standard’ baharu China

India bantah 'Peta Standard' baharu China
ARUNACHAL Pradesh. FOTO AFP

New Delhi: India menolak “peta standard” baharu China yang menunjukkan negeri Arunachal Pradesh sebagai sebahagian wilayah China.

“Kami hari ini mengemukakan bantahan keras melalui saluran diplomatik mengenai apa yang dipanggil ‘peta standard’ China 2023 yang menuntut wilayah India,” kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Kami menolak dakwaan itu kerana ia tidak mempunyai asas. Langkah pihak China itu hanya merumitkan lagi penyelesaian soal sempadan,” katanya.



Peta itu turut termasuk wilayah Aksai Chin yang India anggap sebagai sebahagian daripada Ladakh tetapi berada di bawah kawalan China sejak 1962.

Edisi 2023 peta standard China dikeluarkan pada Isnin dan dimuat naik di laman sesawang perkhidmatan peta standard yang dihoskan oleh Kementerian Sumber Asli, menurut media China.

Pertikaian itu berlaku beberapa hari sebelum Presiden China Xi Jinping dijangka ke New Delhi untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.

India dan China mempunyai tuntutan wilayah yang bertindih di sepanjang garisan kawalan sejauh 3,488 kilometer yang memisahkan kedua-dua negara.



Selain India, Peta Standard China baharu itu juga dilaporkan turut merangkumi kawasan maritim dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

India bantah ‘Peta Standard’ baharu China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button