5,142 kanak-kanak di Sabah dijangkiti COVID-19 sepanjang 2020

KOTA KINABALU: Seramai 5,142 kanak-kanak di bawah 12 tahun di Sabah direkodkan telah dijangkiti COVID-19, sepanjang tahun 2020.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata hampir separuh daripada jumlah itu membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun dan juga bayi.

“Daripada jumlah ini, seramai 2,152 kes adalah kanak-kanak berumur di bawah lima tahun manakala 707 orang daripadanya adalah bayi di bawah umur setahun.



“Pada tahun lepas juga, sebanyak empat kematian dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan dan dua bayi berusia kurang setahun,” katanya.

Masidi berkata, sepanjang tahun lepas, Sabah telah mencatatkan sebanyak 112 kluster COVID-19.

“Daripada jumlah ini, 49 kluster masih aktif manakala 63 lagi telah ditamatkan.

“Dalam tempoh yang sama, Kota Kinabalu telah merekodkan bilangan kluster yang tertinggi iaitu sebanyak 27 kluster, diikuti dengan daerah Tawau iaitu 20 kluster dan Sandakan sebanyak 18 kluster,” katanya pada sidang media khas berkenaan perkembangan COVID-19 di Sabah secara langsung, semalam.



Dalam pada itu, Masidi turut memperincikan sepanjang tahun 2020, Kota Kinabalu mencatatkan kes COVID-19 yang tertinggi iaitu sebanyak 9,535 kes manakala Nabawan mencatatkan jumlah kes paling rendah dengan tujuh kes sahaja.

Lebih 1.6 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button