10 Cara Pikat Hati Suami, Tak Perlu Manja Sepanjang Masa

Pelbagai cara digunakan untuk memikat hati pasangan masing-masing, terutama milik kekasih halal seperti suami tercinta. Malah, terdapat segelintir isteri mengeluarkan ‘senjata tajam’ mereka iaitu menggunakan kemanjaan untuk memikat.

Tidak salah untuk bermanja namun janganlah sentiasa, khuatir lebih kepada mengada-ngada dan pasangan berasa rimas pula. Menurut Dato’ Doktor Fadzilah Kamsah, wanita solehah tidak perlu menjadi manja sepanjang masa. Hanya cukup melakukan 10 perkara ini untuk menambat hati suami.

Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami.



INI 10 CARA MEMIKAT HATI SUAMI:

1. TEMANI SUAMI MAKAN

Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.

2. BERIKAN SENTUHAN LEMBUT & BICARA MANIS

Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.

3. RAWAT KESAKITAN SUAMI DENGAN KASIH SAYANG

Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.



4. MENGALAH PADA PERKARA HARUS

Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.

5. TUTUP AURAT SEMPURNA DARI AJNABI

Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.

6. UCAP TERIMA KASIH WALAU SEKECIL PERKARA.

Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.

7. ELAK KHIANAT & SABOTAJ SUAMI

Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.



8. SOLAT TAHAJUD BERSAMA

Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.

9. KEKALKAN SIFAT MALU

Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.

10. BERI SUAMI BERNAFAS BILA PULANG KERJA

Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.

Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya. Selamat malam semua.



Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Tak perlu manja, yang penting solehah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button