Ustazah Taslimah Pemergian yang dicemburui

JAKARTA: Seorang ustazah meninggal dunia ketika sedang memimpin program tahlil dan khatam al-Quran di Masjid As Syafiiyah, Jalan Al Barkah, Tebet, Jakarta Selatan, semalam.

Video kematian Taslimah tular di media sosial dan kejadian itu disahkan pihak pengurusan Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid.

Menerusi klip video itu, Taslimah itu sedang membaca ayat 5 hingga 6 Surah Al-Baqarah.



Ketika membaca ayat 6, suara Taslimah kedengaran lemah. Beliau yang sedang duduk tiba-tiba terjatuh ke belakang menyebabkan jemaah wanita yang mengikuti program itu berusaha membantunya.

Alwy Rasyid mengesahkan Taslimah meninggal dunia ketika tengah memimpin program khatam al-Quran pagi semalam

“Meninggal jam 7.30 pagi. Beliau tengah bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil. Saat baca satu ayat al-Quran, di situ suaranya mulai melemah tapi terus mencuba,” kata Alwy kepada sebuah portal berita tempatan.

Alwy berkata Taslimah adalah antara ustazah yang kerap bertugas memimpin doa dan pengajian di masjid berkenaan.



Sebelum meninggal, Alwy berkata Taslimah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ketika tiba di Masjid As Syafiiyah sebelum jam 6 pagi.

“Pada awalnya jemaah fikir Ustazah Taslimah pengsan dan berusaha membawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

 



 

– AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button