Usahawan lempar cili ke dalam sungai

Oleh – Syeikh Baran


Usahawan lempar cili ke dalam sungai
Penduduk tempatan di Beji, Purwokerto berpusu-pusu mengutip cili yang dilemparkan ke sungai. – INSTAGRAM @terang_media

Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan usahawan cili dari Beji di wilayah Jawa Barat dikenali sebagai Purwokerto, mempunyai cara unik untuk memberikan cili hijau kepada penduduk setempat, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media, pembahagian itu dilakukan dengan cara dia melemparkan cili ke dalam sungai.



Turut dilihat penduduk tempatan berendam di dalam sungai itu sambil memegang bakul dan menunggu pemberian cili oleh Purwokerto.

Pembahagian tersebut disambut riang oleh penduduk tempatan terutamanya kaum  ibu dengan masing-masing membawa pulang hampir 1 kilogram cili.

Kaedah  pembahagian sedemikian dilakukan bagi mengelak cili berantakan dan dipijak serta kecederaan dalam kalangan penerima. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading