Cara Pantas Bersihkan Saluran Sinki Tersumbat & Kotor

Bau sinki yang busuk kadang-kala boleh mengganggu rutin memasak di rumah. Mana tidaknya, bau yang ‘semerbak’ daripada sisa makanan itu boleh membuatkan diri merasa loya yang berpunca daripada saluran sinki yang tersumbat atau sudah lama tidak mencucinya.

Justeru itu, sekiranya anda sedang berhadapan masalah yang sama apa kata cuba cara-cara di bawah ini yang dikongsikan oleh Puan Syafini Hassan. Sinki tidak berbau, diri pun rasa senang!

SINKI SUMBAT?? SINKI BAU SAMPAH!! BACA TIPS KAK PIN NI



Pagi ini dah settle mengemas dan packing parcel. Kak Pin teringat yang sinki dekat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk dekat sinki tu. Cari- cari tak jumpa pulak puncanya, sampah dah clear.

Kekadang lemak dan air dalam sinki itu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cuba pergi cium sekarang hihi.

Dulu Kak Pin suruh je hero Kak Pin buat. Tapi bila Kak Pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri di atas kaki sendiri kan (tapi masih dipantau hihi).

Jom Kak Pin share macam mana nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh klik kat gambar untuk step by step. Follow Kak Pin, like dan share post ni kalau bermanfaat okeyyy.



CARA PANTAS BERSIHKAN SALURAN SINKI TERSUMBAT / LAMA TIDAK BERCUCI:

PERTAMA

Okay first. Jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih hanya cukup-cukup panas saja.

KEDUA

Selain itu, kena ada 2 benda ni:



  1. Sebotol cuka buatan.
  2. Sebotol soda.

Bukan soda bikarbonat yang buat kek itu. Ini soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli kat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol macam ini dalam RM16. Ok la tu, daripada panggil plumber sampai beratus kan.

Ini rupa soda tu, berkeping-keping. Kalau boleh jangan pegang direct, chemical.

KETIGA

Next step. Keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung.



KEEMPAT

Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa.

KELIMA

Lepas itu, tuang cuka kedalam air panas tadi. Sesedap rasa juga.

TERAKHIR

Lepas itu, tuang air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.



Haa kan dah kabo, ada wap air tu. Kemudian, tuang air sampai habis.

Siap! Bersih dah sinki kita. Kalau ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak payah tunggu sinki sumbat baru nak cuci ye.

Tu dia senang je kan. #LadiesPunBoleh

Syafini Hassan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button