113 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di Seberang Jaya

113 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di Seberang Jaya

113 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di Seberang Jaya
Polis mengadakan Op Khas Bersepadu Samseng Jalanan dan menyita 113 motosikal mat rempit di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Samagagah,Bukit Mertajam. – Foto Ihsan PDRM

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 113 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan dalam Op Khas Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Taman Sama Gagah, Seberang Jaya, di sini dalam operasi awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata sebanyak 334 saman turut dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan dalam operasi bermula 12 tengah malam dan tamat empat jam kemudian itu.

Beliau berkata, operasi dijalankan secara bersepadu itu membabit lebih 100 pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman bersama kontinjen Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan atau mat rempit.

“Dalam operasi itu sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan, tiada cermin sisi dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti itu dan operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu


Sementara itu, IPD Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan pihak polis menyita lima motosikal dan mengeluarkan 40 saman kerana pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar Bayan Lepas awal pagi semalam.

Kenyataan itu memaklumkan selain membendung samseng jalanan, operasi itujuga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Operasi itu juga tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah,” menurut kenyataan itu.

Operasi itu akan diteruskan pada setiap minggu bagi mencegah gejala mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman awam. – BERNAMA

113 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di Seberang Jaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker