Lampard akur ejekan penyokong

London: Frank Lampard mengakui penyokong Chelsea yang marah berhak mengejek pasukannya selepas mereka tewas kali kelima berturut-turut susulan dimalukan 0-2 oleh Brentford awal pagi tadi.

Jaringan sendiri Cesar Azpilicueta dan rembatan lewat Bryan Mbeumo menambahkan lagi kekecewaan Lampard sejak menggantikan Graham Potter.

Chelsea gagal menjaringkan gol dalam enam daripada tujuh aksi terakhir dan kini menduduki tangga ke-11 carta Liga Perdana Inggeris (EPL).



Mereka tidak menang dalam sebarang kejohanan sejak 11 Mac di Leicester, kemarau kemenangan yang berlanjutan lapan perlawanan.

Enam daripada lapan aksi itu di Stamford Bridge dan penyokong Chelsea mula hilang sabar selepas tewas kepada kelab tetangga London, Brentford yang secara tradisinya tiada masalah diatasi tetapi kali ini diatas mereka.

“Sudah tentu penyokong berasa bimbang. Jika anda penyokong Chelsea, anda sudah biasa dengan kejayaan 20 tahun dan anda mahu lebih lagi,” kata Lampard.

“Saya tiada masalah dengan ejekan penyokong. Saya tidak duduk di sini untuk menentang penyokong dan berkata jangan ejek pemain.”



Pengurus sementara Lampard hanya mengendalikan pasukan sehingga hujung musim ini dengan laporan mendakwa bekas bos Paris Saint Germain dan Tottenham Mauricio Pochettino calon pilihan dilantik pengurus baharu Blues.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button