Ramli MS Ulas Sebab Hazrul Nizam Raih Markah Rendah
“Itu Nervous, Stage Fright.”
Ramli MS Ulas Sebab Hazrul Nizam Raih Markah Rendah
Ketua juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Datuk Ramli MS mengakui persembahan kurang memuaskan menerusi persembahan Hazrul Nizam pada penilaian barisan juri berpunca daripada perasaan gementar (nervous).
Kata Ramli, situasi tersebut biasa berlaku dan disebabkan oleh beberapa faktor.
“Itu gementar. Sebab bila seseorang penyanyi itu ada perasaan gementar, dia menyanyi banyak ‘sharp’. Ketika sesi latihan dan saya sebagai pengarah muzik, rasanya semalam dia hanya persembahkan dalam 40 peratus sahaja.
“Malah saya setuju dengan komen Hetty. Cuma kalau dilihat secara fizikal, bila dia banyak lakukan ‘sharp’, ‘out of control’… itu nervous, stage fright.
“Perkara tersebut mungkin boleh berlaku bila tengok penonton yang begitu. Apa pun bagi saya minggu depan adalah persaingan yang sebenar,” katanya.
Pada saingan pertama GV9 yang bersiaran langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, semalam, Hazul yang membawakan lagu hitsnya, Kaulah Segalanya menerima markah terendah, iaitu 56.20 peratus.
Sementara itu, Jaclyn Victor mendahului senarai markah dalam kalangan 13 peserta yang bertanding.
Membawakan dua buah lagu hitsnya, Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang secara medley, Jac mengumpul markah sebanyak 88.40 peratus diikuti Shila Amzah dengan 85 peratus keseluruhan.
Tomok menduduki tempat ketiga dengan 84.10 peratus sementara Dina Nadzir dan Bob Yusof masing-masing memperolehi 83.80 peratus dan 83.60 peratus.
Roy Kapilla yang membuat persembahan menghiburkan menerusi lagu Dikir Rambong pula mengumpul markah sebanyak 70.60 peratus hasil penjurian juri profesional.
Berikut dilampirkan senarai markah para peserta lainnya;
Saya Masuk GV9 Juga Bukan Kerana Duit – Shila Amzah
Ramli MS Ulas Sebab Hazrul Nizam Raih Markah Rendah