ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?



ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dijangka akan membuat keputusan untuk membatalkan keputusan kemenangan Rafizi sebagai Timb Presiden PKR sedikit masa lagi.

Umum mengetahui terdapat banyak perkara yang meragukan berlaku dalam proses pembuangan dan pengiraan undi yang dilakukan.

Malah beberpa orang seleberiti yang mencuba nasib dalam politik sudah pun membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan proses pengundian.



Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/623800

Selain dari laporan polis yang telah dibuat, ada juga pihak yang telah membuat aduan kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) atas alasan yang sama.

https://www.astroawani.com/berita-politik/pemilihan-pkr-hans-isaac-tuntut-jawapan-daripada-jpp-akur-jika-proses-adil-370319



Penulis difahamkan lebih dari 100 laporan kepada pihak ROS sudah dilakukan oleh ahli PKR mengenai wujudnya keraguan dalam pemilihan.

ROS sendiri pernah meminta penjelasan dari PKR mengenai dakwaan wujudnya lebih 54,000 pengundi hantu di dalam senarai pengundi PKR yang berdaftar.

Baca di sini:

1) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/977185/ros-minta-pkr-beri-penjelasan-berkaitan-aduan-pemilihan-parti



2) https://malaysiadateline.com/ahli-pkr-padang-besar-lapor-polis-siasat-pengundi-hantu/

Penulis juga difahamkan, pihak ROS sudah meminta laporan ‘forensic audit’ yang dikatakan sudah disediakan untuk diteliti oleh pihak ROS.

Kini, Rafizi berada dalam debaran menunggu keputusan dari ROS.

Sekiranya beliau didapti menang dengan cara yang tidak berpelembagaan, maka ROS mempunyai 2 pilihan.



Pertama, batalkan kemenangan beliau dan mengarahkan pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR dilakukan semula.

Kedua, batalkan kemenangan beliau dan mengisytiharkan pencabar beliau, Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu.

Namun kedua-dua keputusan itu akan menyaksikan Rafizi kehilangan jawatan Timbalan Presiden PKR.

 

ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker