Lewandowski kapten dua negara

Warsaw: Robert Lewandowski akan memakai lilitan kapten Poland dan Ukraine pada Piala Dunia di Qatar.

Jurulatih Ukraine, Andriy Shevchenko menyerahkan lilitan biru dan kuning kepada bintang Barcelona itu di Stadium Nasional Poland di Warsaw.

‘Terima kasih Shevchenko’ tulis Lewandowski dalam Twitternya. “Gembira dapat bertemu anda! Satu penghormatan untuk saya memakai lilitan ini yang mempunyai warna Ukraine ke Piala Dunia.”



Ketika Poland mara ke Piala Dunia dengan menewaskan Sweden pada playoff Mac lalu, Ukraine tewas kepada Wales dalam aksi kelayakan terakhir Eropah pada Jun.

“Seluruh negara terkesan dengan perang, semua orang dalam bahaya,” kata Shevchenko kepada wartawan.

“Ketika itu semua orang bekerja dan melakukan apa sahaja untuk menyumbang dan membantu sesama kami dan negara. Pemain bola sepak tidak terkecuali.

“Mesej ini juga kepada dunia. Kami akan terus berjuang, masih hidup dan tidak berputus asa.”



Di Qatar, Poland akan berdepan Argentina, Arab Saudi dan Mexico dalam Kumpulan C.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button