Teleport sasar jadi logistik mampu milik

Teleport sasar jadi logistik mampu milik

Teleport sasar jadi logistik mampu milik
Pesawat pengangkut Airbus 321 (A321F). FOTO BERNAMA

Sepang: Teleport menyasar untuk menjadikan logistik mampu milik bagi semua pihak menerusi penambahan pesawat pengangkut Airbus 321 (A321F) pertama ke dalam kumpulan pesawatnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata A321F akan membolehkan perkhidmatan logistik ditawarkan pada harga berpatutan dengan berkhidmat sebagai penyedia logistik udara sepenuhnya.

“Pesawat pengangkut Airbus 321 (A321F) Teleport menawarkan peluang besar untuk perniagaan kecil mengembangkan produk mereka,” katanya semasa majlis memperkenalkan pesawat A321F di sini, pada Rabu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis itu.

Hadir sama ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan CEO Teleport, Pete Chareonwongsak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu


Teleport diasaskan pada 2018 dengan menyatukan kapasiti muatan di dalam muatan pesawat penumpang yang tidak digunakan daripada semua syarikat penerbangan AirAsia di bawah satu rangkaian.

Sementara itu, Chareonwongsak berkata A321F akan memperkukuh rangkaian logistik udara terbesar Teleport di Asia Tenggara di samping memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada hab pengeluaran dan pembuatan utama yang pesat berkembang di rantau ini.

Beliau berkata Teleport menjangkakan kehadiran tiga lagi pesawat A321F menjelang akhir tahun ini dan sejumlah 10 pesawat pengangkut dalam tempoh 18 bulan akan datang.

“Bermula dengan syarikat pemula niaga yang kurang sempurna dan sederhana di Malaysia, setiap hari sebanyak 676 kakitangan Teleport di tujuh negara berusaha tanpa mengenal penat untuk menghantar lebih banyak barangan menerusi udara berbanding pihak lain di Asia Tenggara.

“Kami menyaksikan pertumbuhan kami semakin pesat sejak 24 bulan lepas, dengan kami telah meningkatkan skala sebuah syarikat yang menguntungkan dan berada di landasan untuk menjana perolehan tahunan sebanyak US$200 juta,” katanya.

Teleport sasar jadi logistik mampu milik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker