Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan

Perseteruan Anwar-Mahathir sebenarnya belum berakhir sejak 1999 sehingga kini walaupun pernah sepentas dengannya ketika PH memerintah. Terbaru, Anwar menyalahkan Mahathir sebagai punca kegagalan PH bertahan di Putrajaya selepas memenangi PRU14.

Semua maklum konflik peralihan kuasa Mahathir-Anwar merupakan sebahagian naratif untuk menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri.

Pelbagai alasan digunakan sehingga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (ketika itu) mempersoalkan kewujudan sebarang perjanjian peralihan kuasa Mahathir-Anwar selepas 2 tahun PH memerintah.



Anwar pula ketika itu sanggup ‘sujud’ kepada Mahathir dan menyifatkan apa yang telah berlaku terhadapnya sepanjang karier politik beliau hanyalah ‘luka kecil’.

“Benar kerajaan Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan tidak benar-benar bersedia tetapi masalah utama kerana diketuai oleh seorang yang bukan reformis.

“Dan selepas beberapa bulan ia terbukti, dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebahagian daripada konspirasi mengembalikan isu perkauman termasuk Kongres Kebangkitan Melayu” – Anwar Ibrahim

Kini, nada berbeza dilontarkan Anwar bila menyentuh mengenai kegagalan Pakatan Harapan bertahan di Putrajaya. 

Anwar sebenarnya perlu sedar, manifesto Pakatan Harapan yang dibentangkan juga merupakan antara faktor kegagalan mereka bertahan. Apabila rakyat meminta manifesto dilunaskan, pelbagai alasan diberikan sehingga menyebabkan rakyat sedar mereka sebenarnya telah ditipu.

“(Ya), tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan.

“Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal,” – Dr Mahathir Mohamad

Banyak kelemahan Pakatan Harapan diperlihatkan ketika mereka memerintah dan Mahathir sebagai Perdana Menteri juga memainkan peranan kegagalan tersebut. 



Menjadi persoalan besar kepada rakyat apa manifesto yang akan dibentangkan sekiranya PH (Pakatan Harapan) dan PN (Perikatan Nasional) jika mereka berkerjasama dalam PRU15.

Anwar perlu mengakui, Pakatan Harapan tidak mempunyai pengalaman memerintah dan mereka memerlukan Mahathir untuk berkuasa. Jangan lupa, Mahathir adalah penyebab mengapa ramai yang bersimpati kepada PH.

“Saya tanya kos berapa janji nak hapuskan tol ini. Tak ada jawapan.

“Saya kata boleh tak sebelum kita setuju masukan. Kita jumpa dulu Tan Sri Syed Azman Mokhtar sebab di bawah dia ada beberapa buah syarikat besar bawah Khazanah macam PLUS contohnya yang ada data kos konsesi tol. Kita dapatkan data dulu,”

Janji kedua adalah peminjam hanya perlu membayar semula selepas gaji mereka mencecah RM4,000.

“Saya tanya kos dia berapa? Kalau gaji sampai RM4,000 berapa tahun untuk orang muda lepas graduate nak capai gaji Rm4,000″ – Wan Saiful Wan Jan

ANWAR IBRAHIM YANG BERPENGALAMAN MASIH BOLEH TERTIPU DENGAN MAHATHIR

Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan

Agak menghairankan bagaimana Anwar, seorang politikus yang berpengalaman masih mempercayai Mahathir akan memberikannya laluan mudah untuk menjadi PM.

Tidak cukup dengan apa yang berlaku kepada beliau dan keluarga pada 1998? 

Sepatutnya Anwar lebih peka, Mahathir mempersiapkan Mukhriz bagi mengambil alih jawatan PM dan Anwar hanyalah ‘batu loncatan’ bagi mengaburi perancangan sebenar.

 

Anwar tahu, Pakatan Harapan sukar untuk memenangi PRU15 berdasarkan rekod teruk mereka selama 22 bulan. Apa yang perlu beliau lakukan ialah mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan dan Mahathir ialah individu paling sesuai untuk dijadikan kambing tersebut.

Mudah, pantas dan lebih senang menyalahkan orang lain daripada mengakui semua itu adalah kesilapan mempercayai individu bernama Mahathir Mohamad.

Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker