Maut digilis selepas tercampak keluar dari lori ikan

Maut digilis selepas tercampak keluar dari lori ikan

Maut digilis selepas tercampak keluar dari lori ikan
Lori muatan ikan yang terbabit nahas dengan sebuah treler di Kilometer 350.4 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Tapah, pagi tadi. – Foto ihsan PDRM

TAPAH: Seorang kelindan maut digilis lori dinaikinya selepas dia tercampak keluar melalui cermin hadapan kenderaan itu yang dipercayai terbabas sebelum melanggar belakang treler di Kilometer 350.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara, pagi tadi.

S Umabathi, 41, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas kira-kira jam 7 pagi berkenaan, manakala lelaki berumur 49 tahun yang memandu lori terbabit cedera pada bahu, tangan dan kaki sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata lori berkenaan membawa muatan ikan, manakala treler terbabit pula membawa besi.



“Lori terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Ipoh, dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang treler di hadapan. Lelaki yang maut dipercayai tercampak keluar melalui cermin hadapan kenderaan itu sebelum digilis lori sama.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor turut dihantar ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah lori.

Dua maut tercampak keluar dari kereta



Maut digilis selepas tercampak keluar dari lori ikan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button