PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

Oleh Adam Malik

Ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan , kemudan didalam penjara Anwar Ibrahim di tumbuk dalam keadaan tangan kena ikat , semua media tertumpu kepada Mahathir.

Jawapan pendahuluan Mahathir kepada media , (sebelum siasatan) ada lah “Ada kemungkinan Anwar melukakan diri (self inflicted) sendiri untuk mendapat simpati dan perhatian”



Kemudian selepas siasatan, baru diketahui IGP Tan Sri Rahim yang menumbuk Anwar.

Walau bagaimana pun Tan Sri Rahim telah memohon maaf kepada Anwar dan kes telah pun selesai dengan baik.

Dalam hal ini , walaupun Anwar berada dalam jagaan Pegawai Penjara , namun apabila apa2 terjadi terhadap keselamatan dan kesihatan nya, Perdana Menteri juga yang akan disoal dan dipertaggung jawab kan oleh ‘public’ dan media.

Maka , selaras dengan kejadian ini, maka secara lansung dan tidak lansung , Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri akan dipersalahkan nanti jika apa2 terjadi kepada Datuk Seri Naijb Razak .



Di saat ini kesihatan DSNR adalah penting untuk diberi perhatian.

Ada laporan dan sumber yang kami terima sudah ada arahan dari Menteri Kesihatan untuk melayani kehendak DSNR.

Malah , keluarga Najib juga sanggup mengeluar wang sendiri untuk ubat ubatan nya.



Ubat bukan lah benda mewah atau keseronokan dan ia tidak perlu terlalu ‘strict’ kepada bekas Perdana Menteri.

Apa pun layanan sewajarnya harus diberi kepada bekas Perdana Menteri dan Perdana Menteri harus memastikan hal ini terlaksana.

Jika tidak , pasti pihak tertentu akan menjadikan modal untuk menghentam Perdana Menteri DSIS.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button