Adik maut, abang cedera motosikal langgar besi penghadang jalan

Adik maut, abang cedera motosikal langgar besi penghadang jalan

Adik maut, abang cedera motosikal langgar besi penghadang jalan
Keadaan motosikal dinaiki dua beradik yang terbabit nahas di Kampung Hang Tuah, Jalan Raja Musa, hari ini. – Foto ihsan polis

KUALA SELANGOR: Remaja lelaki maut, manakala abangnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka melanggar besi penghadang jalan di Kampung Hang Tuah, Jalan Raja Musa, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi dengan mangsa, 13, yang membonceng Yamaha Y15 ditunggang abangnya, 15, meninggal dunia di tempat kejadian.

Abang mangsa dilapor cedera namun tidak dapat dipastikan kecederaannya.



Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke Bestari Jaya sebelum motosikal dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.

“Pembonceng parah pada kepala dan disahkan meninggal di lokasi kejadian, manakala abangnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Adik maut, abang cedera motosikal langgar besi penghadang jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button