Ribut kedua landa Kuala Besut selepas Aidiladha lalu

Besut: Lebih 30 rumah di beberapa kampung sekitar Kuala Besut di sini, selepas dilanda ribut, petang semalam.

Kampung yang terbabit dalam kejadian 5 petang itu adalah Kampung Nail, Kampung Pengkalan Atap, Kampung Pachakan dan Teluk Bayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, kejadian menyebabkan 11 rumah rosak teruk terutama bahagian bumbung yang tercabut diterbangkan angin kencang.



“Kejadian ribut kali ini lebih teruk berbanding malam Aidiladha lalu tetapi jumlahnya tidak sebanyak sebelum ini,” katanya ketika meninjau lokasi ribut sekitar Kuala Besut, hari ini.

Zaihan berkata, pihaknya termasuk Pejabat Parlimen Besut, Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan akan membantu mangsa terbabit.

Sementara, seorang mangsa, Roslan Mohamad, 61, berkata, dia sempat melaungkan azan ketika ribut berlaku.

“Waktu kejadian saya berada di halaman rumah dan sempat melihat langit gelap serta angin kencang dari arah laut.



“Dalam keadaan panik saya melaungkan azan. Bila azan, atap mula tercabut satu persatu sehingga habis azan baru keadaan ribut kembali reda,” katanya.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Suhaizak Mohamad @ Mohd Nor, 44, berkata, dia bersama isteri sempat berlari ke rumah jiran untuk berteduh.

“Bumbung tercabut ke belakang rumah, syukur kami selamat dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, kira-kira 140 keluarga menjadi mangsa apabila rumah mereka rosak akibat dibadai ribut yang melanda beberapa kawasan di daerah ini.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button