13 maut akibat gelombang haba ekstrem di AS

13 maut akibat gelombang haba ekstrem di AS

13 maut akibat gelombang haba ekstrem di AS

HOUSTON: Sekurang-kurangnya 13 orang meninggal dunia akibat gelombang haba ekstrem yang melanda selatan Amerika Syarikat (AS) selama dua minggu lalu.

Menurut pegawai, kualiti udara di bahagian lain negara itu pula terjejas akibat kebakaran hutan di Kanada.

Jelasnya, sebanyak 11 kes kematian dilaporkan di Webb County, Texas, berhampiran sempadan Mexico.

“Sehingga Rabu, terdapat 11 kes kematian. Daripada jumlah itu, 10 kes merupakan penduduk Webb County.

“Kes kematian ke-11 pula adalah dari daerah bersebelahan yang dibawa ke hospital tempatan,” kata pegawai itu.

Jelas beliau, seorang remaja berusia 14 tahun meninggal dunia minggu lalu ketika mendaki di Taman Negara Big Bend di Texas yang mana suhu mencecah 48 Celsius.

“Malangnya, bapa tiri mangsa pula maut dalam nahas jalan raya ketika dia bergegas untuk menyelamatkan remaja itu,” katanya.

Menurut pegawai, seorang wanita berusia 62 tahun maut di Louisiana pada minggu lalu, selepas ribut mengakibatkan ribuan rumah terputus bekalan elektrik sekali gus penduduk tidak dapat menggunakan penyaman udara.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, suhu di beberapa bandar di selatan AS mencecah bacaan sekitar 45 darjah Celsius. – AFP

13 maut akibat gelombang haba ekstrem di AS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker