Resepi Tepung Pelita

Resepi Tepung Pelita
Resepi Tepung Pelita

 

Resepi Tepung Pelita, antara kuih Melayu yang paling famous di bazar Ramadan. Hi semua, dalam video ni Che Nom akan tunjukkan cara untuk membuat acuan tepung pelita menggunakan daun pisang.

Kalau tiada daun pisang, boleh guna bekas plastik saja. Kuih ni ada 2 lapisan, lapisan hijau atau lapisan pandan dan lapisan putih yang lemak bersantan. Sedap dan lembut sangat bila dimakan.

NOTA PENTING: masuk tepung dan kacau sekata dulu kemudian baru pasang api dan kacau di atas api perlahan



 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
    • 7-8 helai daun pandan
    • 5 cawan air
    • 1 cawan tepung beras
    • 1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
    • 1 cawan gula
    • sedikit pewarna hijau
    • ½ sudu kecil gula (kasar atau halus)
  • Bahan-bahan untuk lapisan santan:
    • 4 cawan santan
    • 5 sudu besar tepung beras
    • garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Cara-cara untuk acuan daun pisang:
    1. Lap bersih daun pisang yang telah dilayurkan seketika diatas api.
    2. Potong daun pisang dalam bentuk 4 inci lebar lalu tindan dua helai daun pisang kepada dua lapisan.
    3. Gunakan kotak kecil untuk dijadikan acuan. Letak kotak ditengah daun pisang lalu trim bahagian hujung pisang jika terlalu panjang dan lipat kedua-dua bahagian ke kotak dengan kemas.
    4. Tarik keluar kotak kecil lalu klipkan kedua-dua belah bahagian lipatan menggunakan stapler.
    5. Kemudian, trim atau gunting bahagian atas mengikut ketinggian yang sesuai.
  2. Cara-cara untuk lapisan hijau/pandan:
    1. Kisar halus daun pandan bersama air. Letak air anggaran separuh sukatan dulu untuk mudah dikisar.
    2. Tapis kisaran daun pandan dan tuang kedalam periuk. Masukkan sedikit pewarna hijau (pilihan), air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.
    3. Masukkan gula pasir yang dikisar halus kedalam acuan lalu sudukan adunan pandan dalam anggaran setengah acuan.
  3. Cara-cara untuk lapisan santan:
    1. Masak santan bersama tambahan garam secukup rasa dan tepung beras,
    2. Kacau adunan dengan api perlahan dan masak sehingga pekat serta halus.
    3. Selepas adunan masak dan agak pekat, masukkan kedalam acuan iaitu diatas lapisan pandan.
    4. Sejukkan seketika kedalam peti sejuk dan kemudian tepung pelita siap untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Jika tiada daun pisang sebagai acuan, boleh saja gantikan dengan acuan plastik.
  • Acuan dibentuk dengan menggunakan kotak mancis atau kotak kecil santan ataupun lain-lain kotak yang bersaiz kecil.
  • Jika tidak mempunyai banyak daun pisang, boleh saja bentukkan acuan dengan hanya sehelai daun pisang dan lapik bahagian bawah dengan sekeping kecil daun pisang.
  • Selain itu, jika gunakan acuan plastik, lapikkan juga dengan sehelai daun pisang tetapi tidak lapik pun tidak mengapa.
  • Pastikan jumlah air campuran pandan yang dikisar dan tapis sebanyak 5 cawan.
  • Jika tidak mahu kisarkan gula pasir, boleh saja masukkan terus gula pasir kedalam acuan.
  • Campurkan dengan air jika menggunakan santan kotak,

Resepi Kuih Cara Manis



Resepi Tepung Pelita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button