Pembunuh Abe Pernah Kirim Surat Kepada Penulis Blog

Suspek utama pembunuhan bekas perdana menteri Shinzo Abe dilaporkan pernah menghantar surat yang membayangkan dia akan membunuh pemimpin itu kepada seorang penulis blog yang mengkritik kumpulan agama yang dikenali secara meluas sebagai Gereja Penyatuan.

Abe bukan musuh asalnya

Menerusi laporan The Straits Times, Tetsuya Yamagami dipercayai menghantar surat dari Okayama City kepada penulis blog yang tinggal di wilayah Chugoku. Surat itu menyatakan kebencian yang kuat Yamagami terhadap kumpulan yang secara rasmi dipanggil Persekutuan Keluarga untuk Keamanan dan Penyatuan Dunia, di mana ibu Yamagami adalah ahli dan menyatakan Abe bukan musuh asalnya.



Berikutan daripada itu, pihak polis wilayah Nara berhasrat untuk menyiasat bagaimana kebencian Yamagami terhadap kumpulan berkenaan. Terdahulu, Abe hadir di Okayama untuk berucap dan dia dibunuh di Nara sehari selepas itu. Yamagami didakwa melawat tempat ucapan Abe tetapi tidak menyerangnya ketika di Okayama. Surat yang dikirimkan itu tidak mempunyai nama pengirim tetapi sampul surat itu juga mengandungi salinan perjanjian yang dicapai apabila kumpulan agama itu memulangkan 50 juta yen (kira-kira RM1.6 juta), sebahagian daripada sumbangan ibunya kepada keluarga Yamagami.

The Straits Times

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button