Peguam Negara patut dedah hasil siasatan Tommy
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sewajarnya mengarahkan agar hasil siasatan buku Tommy Thomas didedahkan kepada umum bagi mengelak spekulasi berpanjangan.
Agak menghairankan, apa alasan Pejabat Peguam Negara-AGC mengesyorkan agar hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Apa yang disorokkan sebenarnya?
Semua rakyat tertunggu adakah benar dakwaan Tommy berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta penglibatan Zeti dalam skandal 1MDB.
Sebagai rekod, Tommy telah mengakui penglibatan Zeti dan suaminya dalam skandal 1MDB menerusi panggilan video.
Jelas sekali Tommy mengetahui penglibatan Zeti namun menurutnya ketika itu pihak SPRM masih menyiasat penglibatan bekas Gabenor Bank Negara.
Video ini juga bukti penting dakwaan Tommy dalam kes 1MDB dan seharusnya Pejabat Peguam Negara melihat dakwaan ini secara serius.
Menurut laporan oleh Editor Malaysia ada 8 perkara penting yang perlu disasat berkaitan penulisan Tommy Thomas yang melibatkan kepentingan negara.
Membuat pengakuan cadangan beliau ingin memberi ganjaran bagi menangkap Jho Low tidak disambut baik oleh Tun Mahathir dan Ketua Polis Negara. “Saya mengemukakan cadangan saya kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Ketua Polis Negara, tetapi sayangnya ia tidak mendapat sambutan yang baik.”
Gesaan banyak pihak kepada Pejabat Peguam Negara tidak boleh dipandang ringan kerana ini akan menjejaskan pandangan rakyat terhadap Institusi Kehakiman Negara. Kredibiliti Mahkamah juga akan turut terjejas jika AGC terus-menerus tidak mendedahkan hasil siasatan kepada umum.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menggesa agar hasil siasatan berkaitan buku My Story: Justice in the Wilderness dihebahkan.
Selain Ahmad Maslan, Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga menyuarakan gesaan sama terhadap kerajaan.