Kajol enggan dilihat berwajah seperti wanita miskin
Pelakon wanita Hindi popular, Kajol juga tidak terlepas daripada mendapat kritikan daripada netizen apabila dia digelar ‘wanita sombong’ lantaran sikap sendiri terhadap peminat.
Menerusi temu bualnya dalam program Koffee With Karan baru-baru ini, Kajol dikecam hebat apabila secara terang-terangan mengakui tidak mahu kelihatan seperti seorang wanita miskin.
“Saya tidak rela berpenampilan seperti seorang wanita miskin. Walaupun terpaksa melakonkan watak wanita kampung, saya enggan kelihatan seperti wanita miskin sebenar,” katanya.
Ujar isteri kepada aktor Ajay Devgn itu, dia sudah membuat keputusan sejak awal pembabitannya dalam industri perfileman Bollywood bahawa dia mahu kelihatan seperti wanita kaya setiap masa.
“Sejak awal saya sudah menetapkan bahawa penampilan saya harus berstatus tinggi dan mewah. Saya tidak boleh kelihatan miskin,” ujarnya.
Lantaran itu, Kajol telah dianggap sombong oleh netizen lantaran mengakitkan beberapa sikapnya yang dianggap buruk.
Antaranya, Kajol dikenali sebagai selebriti yang suka memarahi wartawan selain kerap menolak permintaan peminat untuk berswafoto dengannya.