Ummi Nazeera Enggan Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz

‘Saya Tak Mahu Guriskan Hati Sesiapa’

Ummi Nazeera Enggan Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz

Ummi Nazeera Enggan Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz

Pelakon hebat, Ummi Nazeera memilih untuk tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz meskipun mereka pernah bergandingan menerusi sebuah drama sebelum ini.

Ummi Nazeera Enggan Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz



Ketika ditemui OhBulan!, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin berkata, tindakannya itu bukanlah kerana Aliff mempunyai kesalahan dengannya namun sekadar mahu menjaga hati orang sekeliling.

Saya memang selektif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya.

Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama tersebut.

Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia.



Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa.

Ummi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui Majlis Rumah Terbuka FiziWoo yang diadakan di Maison FiziWoo yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun menekankan dia tidak pernah menghubungi Aliff selain daripada sewaktu sesi penggambaran sahaja.

Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had.



Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu.

Sementara itu, Ummi mendoakan yang terbaik buat Aliff susulan kontroversi hangat yang melanda penyanyi tersebut ketika ini.

Sebagai rakan kerja, saya hanya mahu terbaik untuk semua orang. Dia dan keluarganya juga tidak pula buat salah dengan saya.

Namun, tiba-tiba ada benda tidak baik terjadi. Saya hanya mahu doakan terbaik dan tak sebarkan aib.



Apabila dapat tahu, saya tiada komen. Saya cuma tahu perkara tersebut melibatkan ramai orang.

Ummi Nazeera Enggan Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading